KOTA KINABALU: Hukuman penjara enam bulan ke atas penimbang tara Sepanyol, Gonzalo Stampa kerana menghina mahkamah merupakan bukti jelas bahawa tuntutan oleh kumpulan mengaku waris Sulu terhadap Sabah tidak berasas sama sekali, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Menurutnya terdapat unsur-unsur mencari keuntungan serta kemudahan yang lain dalam tuntutan oleh kumpulan itu dan Stampa yang bertindak selaku penimbang tara dalam tuntutan berkenaan.
Beliau berharap tiada lagi pihak yang tidak bertanggungjawab mempergunakan negeri Sabah untuk membuat apa-apa tuntutan yang tidak berasas sepertimana dilakukan kumpulan Sulu itu.
"Berbanyak terima kasih kepada Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) dan kerajaan Persekutuan.. telah terbukti tuntutan kumpulan Sulu ini tidak berasas," katanya kepada pemberita di Menara Kinabalu di sini hari ini.
Terdahulu beliau menyaksikan penyerahan Perjanjian Induk (ENG: Heads of Agreement) daripada Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (SEC) kepada Esteel Enterprise Sabah Sdn Bhd (Esteel Sabah) bagi pembekalan gas asli sebanyak 150 juta kaki padu standard sehari.
Semalam, Azalina dilaporkan berkata Stampa telah didapati bersalah menghina mahkamah dan dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan oleh Mahkamah Sepanyol.
Mahkamah turut melarang Stampa daripada menjalankan tugasnya sebagai penimbang tara selama setahun.
Sementara itu, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah Datuk Phoong Jin Zhe berkata usaha kerajaan menoktahkan tuntutan kumpulan Sulu dan hukuman penjara terhadap Stampa amat membantu dalam usaha menarik lebih ramai pelabur ke Sabah.
Menurutnya, apa yang dilakukan kumpulan berkenaan sebelum ini telah menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan dalam kalangan pelabur terutamanya yang berminat untuk melabur di kawasan pantai timur negeri itu.
Beliau berkata satu demi satu kejayaan dicapai oleh Malaysia dalam pertelingkahan dengan Kumpulan Sulu itu, yang mengembalikan keyakinan pelabur, dan beliau berharap Azalina dapat mencapai kemenangan mutlak dalam isu tuntutan itu, sekali gus menghapuskan sebarang kebimbangan mengenai soal keselamatan.
"Jadi kita boleh tarik lebih ramai pelabur terutama dari luar negara untuk datang ke pantai timur Sabah, pantai barat Sabah kita banyak dapat maklum balas positif, tetapi pantai timur kita perlu kerja lebih keras lagi (tarik pelabur)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 09 2024
Hajiji berkata, terdapat unsur-unsur mencari keuntungan serta kemudahan yang lain dalam tuntutan oleh kumpulan itu. - Gambar fail
Zii Jia kejutkan Antonsen untuk ke separuh akhir Malaysia Masters
Zii Jia yang memburu kejuaraan pertama di negara sendiri akan berdepan Angus Ng Ka Long dari Hong Kong yang mengejutkan pilihan ketiga Li Shi Feng dari China 21-13, 21-15.
AWANI Borneo [24/05/2024] - SHMMP Kaamatan, Gawai | Hasil negeri 40 peratus | Banjir kilat
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan
#AWANIBorneo 24 Mei 2024
Lapan barangan diletak dalam senarai SHMMP Gawai, Kaamatan
Sabah terima keputusan SLS dibenar teruskan semakan kehakiman
Banjir kilat: 56 pelajar asrama SK Siang-Siang Lawas diarah pulang
#AWANInews
#AWANIBorneo 24 Mei 2024
Lapan barangan diletak dalam senarai SHMMP Gawai, Kaamatan
Sabah terima keputusan SLS dibenar teruskan semakan kehakiman
Banjir kilat: 56 pelajar asrama SK Siang-Siang Lawas diarah pulang
#AWANInews
RM50 juta dilulus selenggara pavemen, bukan pavemen Sarawak
Kerajaan persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM50 juta kepada Sarawak bagi Kerja Penyelenggaraan Berkala Pavemen dan Berkala Bukan Pavemen di Jalan Persekutuan di seluruh negeri yang akan dikendalikan oleh kontraktor G1 hingga G4.
56 pelajar asrama SK Siang-Siang Lawas diarah pulang
Seramai 56 pelajar asrama Sekolah Kebangsaan (SK) Siang-Siang, Lawas diarahkan balik ke rumah masing-masing apabila sekolah mereka dilanda banjir kilat, awal pagi Jumaat.
Harungi cabaran kewartawanan, berita baik akan diumum PM buat pengamal media
Bandar raya Kuching kini menjadi tumpuan kira-kira 1,000 pengamal media tempatan dan antarabangsa yang mula berkumpul bagi sama-sama memeriahkan sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 bermula esok
Tidak pernah goda atau punya hubungan dengan Ebit Lew - Saksi
Saksi kesembilan kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew, memberitahu mahkamah dia tidak pernah menggoda atau mempunyai sebarang hubungan dengan pendakwah tersebut.
Kenyataan Tiong boleh undang perpecahan GPS - Abdul Karim
Naib Presiden PBB Datuk Seri abdul Karim Rahman Hamzah menyelar kenyataan Presiden PDP Datuk Seri Tiong King Sing yang mendakawa tiada lagi kerusi tradisi di Sarawak dalam politik era moden
Sabah terima keputusan SLS dibenar teruskan semakan kehakiman
Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Nor Asiah Mohd Yusof berkata, Kerajaan Negeri menarik balik semua hujahan yang dibuat di Mahkamah Rayuan mengenai isu "locus standi" SLS kerana isu ini tidak dibangkitkan atau dihujahkan di Mahkamah Tinggi oleh Kerajaan Sabah.
Bekalan beras mencukupi, bekalan terus dipantau
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan stok bekalan beras di Sabah dan Sarawak mencukupi menjelang Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.
Anwar rai jasa Prof Izutsu, penterjemah al-Quran ke bahasa Jepun
Antara sumbangan Prof Toshihiko Izutsu yang luar biasa dan paling diingati ialah pencapaiannya menterjemah Al-Quran ke bahasa Jepun.
Parti Cinta Sabah kini komponen baharu dalam GRS
Kesemua presiden parti dalam Gerakan Rakyat Sabah (GRS) secara sebulat suara menerima Parti Cinta Sabah (PCS) menjadi komponen dalam gabungan itu.
Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Putrajaya, Hari Malaysia di Sabah
Putrajaya sekali lagi menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan ke-67, sama seperti edisi 2023, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Kes Sulu: Mahkamah Rayuan Madrid kekal sabitan terhadap Stampa
Mahkamah Rayuan Madrid mengekalkan sabitan kesalahan menghina mahkamah terhadap penimbang tara Sulu Gonzalo Stampa, dalam kes tuntutan pihak mengaku waris Sulu ke atas Malaysia.
Jawatankuasa Komuniti Desa MADANI bantu kerajaan noktah kemiskinan - Bung Moktar
Jawatankuasa Komuniti Desa MADANI adalah antara langkah awal bagi membantu usaha Kerajaan Persekutuan menoktahkan kemiskinan di luar bandar khususnya di Sabah.
401 projek naik taraf klinik dan fasiliti kesihatan sedang disiapkan - Dr Dzulkefly
Sebanyak 401 projek melibatkan menaik taraf klinik dan fasiliti kesihatan daif di seluruh negara sedang disiapkan pada tahun ini.
Liga Super: Usah terburu-buru kejar sasaran - Kim Swee
Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee enggan anak buahnya terburu-buru dan mengejar sasaran tidak realistik pada awal fasa Liga Super musim ini.
Kerajaan negeri hargai peranan media di Sabah - Hajiji
Hajiji berkata media turut memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan rakyat dan negeri.
ESSCOM tahan 37 individu dalam operasi bersepadu di Kalabakan
Sebanyak 37 individu ditahan melibatkan pelbagai kesalahan dalam operasi Pos Pemeriksaan Darat (RCP) di bawah ESSCOM.
Kerajaan Sabah komited bina LRA di Pulau Banggi - Hajiji
Kerajaan Sabah komited untuk menyelesaikan masalah air yang dihadapi oleh penduduk menerusi pembinaan sebuah LRA baharu khusus untuk Pulau Banggi.
Tambah ahli Bersatu hadapi PRN Sabah - Muhyiddin
Parti Bersatu Sabah diminta untuk memperkukuhkan parti dengan menambah keahlian bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) nanti.